Kempen Infak Pembangunan
Bantu Pembangunan Pusat Rawatan Darussyifa
Satu usaha menaik taraf kemudahan fizikal, sistem perkhidmatan dan infrastruktur pusat rawatan agar lebih selesa, tersusun dan memberi manfaat lebih besar kepada masyarakat.
Kenapa Kempen Ini Penting?
Pusat rawatan bukan sekadar tempat menerima pesakit, tetapi juga tempat menyampaikan ilmu, membina keyakinan masyarakat, dan menjadi pusat khidmat ummah.
Namun untuk memastikan pusat rawatan dapat beroperasi dengan lebih baik, beberapa penambahbaikan kritikal perlu dilaksanakan segera, termasuk pembaikan bumbung, mengecat bangunan, serta menaik taraf kemudahan dan sistem perkhidmatan.
Justeru, kami membuka peluang kepada orang ramai untuk bersama-sama berinfak dalam pembangunan ini. Setiap sumbangan tuan/puan akan menjadi saham akhirat yang berterusan insya-Allah.
Pecahan Keperluan Projek
1. Mengecat Bangunan — RM1,000
Keperluan cat:
- Sealer Wall 18 liter – RM190 (1 tong)
- Outdoor 18 liter – RM580 (1 tong)
- Sealer Wall 5 liter – RM67
- Outdoor 5 liter – RM120
2. Projek Bumbung Bangunan — RM30,000
- Menggantikan bumbung zink lama kepada zink metal deck gred G26 berkeluasan 45 kaki x 40 kaki.
- Menggantikan gegelung besi lama kepada C-purlin galvanize 4 inci serta menambah braket.
- Menambah salur air dan paip buang air pada hujung bumbung.
- Menggunakan skylift untuk kerja-kerja berkaitan.
- Kos termasuk upah buka dan pasang bumbung.
3. Menarik Taraf Kemudahan dan Perkhidmatan — RM20,000
a) Penambahbaikan Kemudahan Fizikal
- Karpet di ruang solat dan ruang dewan kuliah
- Sistem nombor giliran untuk mengelakkan kesesakan dan kekeliruan
b) Penambahbaikan Sistem Perkhidmatan
- Sistem pendaftaran pesakit yang lebih teratur
- Rekod rawatan pesakit untuk rujukan rawatan susulan
- Sistem temujanji (appointment) bagi mengurangkan masa menunggu
- Kaunter pertanyaan atau sukarelawan bagi membantu pesakit
c) Penyediaan Bahan Ilmiah dan Ruqyah
- Buku zikir harian dan perlindungan diri
- Buku ruqyah syar’iyyah untuk diamalkan di rumah
- Risalah panduan rawatan Islam
- Set booth (1 unit alas meja, 2 bunting)
d) Penyediaan Produk Herba dan Rawatan Sunnah
- Herba rawatan yang dipelajari dalam Darussyifa
- Minyak ruqyah / minyak zaitun ruqyah
- Air ruqyah
- Madu, habbatus sauda dan produk sunnah
e) Program Dakwah dan Pendidikan
- Kuliah rawatan Islam dan ruqyah
- Bengkel perlindungan diri daripada gangguan sihir dan jin
- Kelas zikir dan amalan harian
- Program kesihatan Islam bersama masyarakat
f) Latihan dan Pembangunan Perawat
- Latihan berkala kepada perawat
- Mengulang kaji kaedah ruqyah yang sahih
- Menjaga adab dan etika perawat
- Berkongsi pengalaman kes rawatan
Impak Sumbangan Anda
Pesakit dan perawat dapat menjalani sesi rawatan dalam suasana yang lebih baik, kemas dan tenang.
Sistem giliran, temujanji dan rekod rawatan membantu operasi berjalan lebih profesional.
Bukan hanya merawat, tetapi mendidik masyarakat dengan ilmu rawatan Islam dan amalan harian.
Setiap infak membantu membina manfaat yang boleh digunakan oleh ramai orang untuk jangka panjang.
Ayuh Bersama Menyumbang
Tuan/puan boleh menyumbang mengikut kemampuan. Sedikit bagi kita, besar nilainya untuk pembangunan pusat rawatan dan manfaat masyarakat.
Klik Untuk Menyumbang SekarangSemoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi asbab kebaikan, dipermudahkan segala urusan, dan dikira sebagai amal jariah yang berpanjangan.
Progress Kerja Hasil Sumbangan
Berikut adalah perkembangan kerja-kerja pembangunan yang sedang dijalankan hasil sumbangan orang ramai. Kemaskini akan dilakukan dari semasa ke semasa sebagai tanda amanah dan ketelusan.
Mengecat Semula Bangunan
Kerja mengecat semula bahagian bangunan telah dimulakan bagi mewujudkan suasana yang lebih kemas dan selesa.
Status: Dalam proses pengumpulan dana (0%)
Baik pulih Bumbung Bangunan
Kerja penggantian bumbung lama kepada metal deck sedang dilaksanakan termasuk struktur sokongan dan sistem salur air.
Status: Dalam proses pengumpulan dana (0%)
Naik Taraf Kemudahan dan Perkhidmatan
Penambahbaikan kemudahan fizikal dan sistem perkhidmatan sedang dilaksanakan secara berperingkat.
Status: Dalam proses pengumpulan dana (0%)
Laporan perkembangan projek akan dikemaskini secara berkala sebagai tanda amanah atas setiap sumbangan yang diberikan.
