Info terkini kerja-kerja penyediaan tapak penyembelihan dan pengurusan Program Ibadah Korban

Alhamdulillah, kerja-kerja penyediaan tapak penyembelihan dan pengurusan Program Ibadah Korban (anjuran Darussyifa Malaysia dengan kerjasama Darussyifa Negeri Melaka dan Maahad Ar-Rahmah) mula dijalankan di persekitaran Pondok Turath, Kg. Solok Gaong, Melaka

Manakala kerja-kerja pemotongan rumput dan gotong-royong membersihkan kawasan tapak letak kereta di kawasan lapang/padang dan pemasangan khemah pengurusan daging korban akan dilaksanakan nanti. Harap bersedia untuk sama-sama melaksanakannya. Tunggu makluman pihak Jawatankuasa.

Alhamdulillah. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Ust Hasan Mohd Nor (Timbalan Pengerusi PRN Darussyifa Melaka), Ust Abu Yamin (Mudir Pondok Turath), En Wan (Pemandu jentolak), En Faizal (pembantu pemandu), dan Wak Indon, yang sama-sama bekerja kuat sehingga selesai urusan pembersihan, penyediaan tapak dan pemasangan tiang penyembelihan. En Redzuan (Wan) dan En Hishamuddin juga turut serta.

Tidak dilupakan juga jasa En Dahlan yang menyelaras kerja dan menyediakan pelbagai peralatan dan kelengkapan seperti jentera, tiang piling, dan tenaga kerja. Barakallah fie kum.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *