Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat serta seluruh umat Islam yang terus istiqamah dalam menegakkan agama-Nya.
Laman web ini dibangunkan sebagai medium rasmi penyampaian maklumat, aktiviti, dan penyebaran ilmu berkaitan rawatan Islam serta dakwah oleh Darussyifa’ Negeri Melaka. Di sini, anda boleh mendapatkan info terkini tentang:
✅ Jadual rawatan
✅ Kursus & latihan perubatan Islam
✅ Aktiviti dakwah & kemasyarakatan
✅ Saluran untuk menyumbang (infaq)
✅ Hubungan rasmi dengan pihak pengurusan
Kami berharap laman ini menjadi wadah yang memudahkan masyarakat untuk lebih dekat dengan rawatan Islam yang sahih, insyaAllah.
“Dan apabila aku sakit, Dialah (Allah) yang menyembuhkan aku.”
(Surah Asy-Syu’ara: Ayat 80)
Terima kasih atas sokongan anda. Semoga segala usaha ini diberkati Allah SWT.
– Darussyifa’ Negeri Melaka

